Peraturan Piala MFL 2024–25

Had umur

MFL telah menetapkan penyertaan kuota kepada 5[perlu rujukan] pemain lebih umur dan 3[perlu rujukan] pemain asing dalam setiap pasukan dengan hanya tiga pemain asing dan dua pemain lebih umur yang dibenarkan beraksi di atas padang pada satu-satu masa.[1]

Perubahan Format

Pada edisi kedua Piala MFL, format telah diubah dari edisi sulung kejohanan. Kejohanan akan dimainkan di bawah satu perlawanan kumpulan, di mana setiap pasukan akan menentang setiap pasukan lain di tempat sendiri dan tempat lawan secara bergilir-gilir. Pasukan yang berada di kedudukan teratas selepas selesai semua perlawanan kumpulan akan dinobatkan sebagai juara. Sejumlah 13 pasukan telah mengesahkan penyertaan.[perlu rujukan]